Diploma Al-Syariah

MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA AL-SYARIAH

Muat turun maklumat ini dalam versi PDF
MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program pengajian Diploma Al-Syariah adalah sebagaimana berikut:

1- Memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM mendalami ilmu-ilmu dalam bidang al-Syariah supaya mereka mampu menghayatinya dalam kehidupan mereka.

2-Melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan yang mencukupi dalam bidang al-Syariah dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredai oleh Allah.

3- Melahirkan graduan yang berpeluang untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi khasnya dalam bidang al-Syariah.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran program pengajian Diploma Al-Syariah adalah seperti berikut:

1- Mengguna pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengajian syariah serta mampu melaksanakan ilmu syariah.

2- Mampu melakukan pencarian fakta untuk menjawab isu-isu yang timbul berkaitan syariah melalui medium semasa dan mengaplikasikan ilmu syariah secara berterusan.

3- Melahirkan pelajar yang berintegriti dan mampu membimbing masyarakat secara berkualiti dengan penuh tanggungjawab melalui kerja berpasukan dan beretika.

4- Mampu menghubungkaitkan pengetahuan syariah dengan pengurusan dan keusahawanan serta memberi sumbangan kepada masyarakat.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Selepas mengikuti keseluruhan program pengajian Diploma Al-Syariah, pelajar seharusnya mampu:

1- Menghuraikan kandungan pengetahuan utama dalam bidang pengajian syariah.

2- Menunjukkan kebolehan amali dalam bidang syariah

3- Menyertai program program aktiviti ilmiah dan sosial secara berorganisasi sebagai satu tanggungjawab sosial.

4- Melaksanakan ilmu syariah secara profesional dan beretika.

5- Menggunakan aspek kemahiran interpersonal dan komunikasi dalam melaksanakan ilmu syariah secara kolektif.

6- Mengaplikasikan ilmu fiqh dalam menangani isu-isu semasa dalam masyarakat melalui ilmu syariah.

7- Membentuk sahsiah diri yang positif berdasarkan ilmu syariah melalui aplikasi teknologi maklumat

8- Menghubungkait ilmu syariah dengan amalan keusahawanan dan peluang kerjaya.

PROSPEK KERJAYA

Dengan memiliki Diploma Al-Syariah, pelajar berpeluang menjawat jawatan sebagai:

1- Guru agama

2- Penolong Pegawai Syariah/Hal Ehwal Agama Islam

3- Pembantu Halaqat dan Pegawai Halaqat Negeri Kelantan

4- Menceburi bidang guaman dan kehakiman syarie

SYARAT KEMASUKAN

1- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 Kepujian; dan lulus peperiksaan Bahasa Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi; atau

2- Lulus sijil dalam bidang berkaitan yang mendapat standard minimum dari mana-mana IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau

3- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

MAKLUMAT KURIKULUM

Kurikulum bagi program pengajian Diploma Al-Syariah terdiri daripada 33 kursus yang dibahagikan kepada lima (5) kategori kursus iaitu sebagaimana berikut:

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian bagi memperolehi Diploma Al-Syariah ialah selama tiga (3) tahun.