MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN TURATH
Muat turun maklumat ini dalam versi PDF
1. Nama Program : DIPLOMA PENGAJIAN TURATH
2. No. Pendaftaran : (MQA/FA 9378)
3. Bahasa Penghantar : a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab
c) Bahasa Inggeris
4. Kredit Bergraduat : 93 Jam Kredit
5. Kaedah Pengajaran : Kuliah dan Tutorial
6. Mod Pengajian : Sepenuh Masa
7. Tempoh Pengajian :
a) Bilangan Minggu Pengajian : 17 minggu bagi semester panjang – 9 minggu bagi semester pendek.
b) Bilangan Semester Pengajian : 5 semester Panjang – 2 semester pendek
c) Bilangan Tahun Pengajian : 2 ½ tahun
8. Kaedah Pengajaran : Kuliah dan Tutorial
9. Syarat-Syarat Kelayakan:
a) Lulus SPM dgn mendapat kepujian dalam 3 mata pelajaran dan Lulus Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam (Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al- Quran dan Al-Sunnah) atau Lulus Sijil dalam Pengajian Islam atau bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, atau
b) Lulus Sijil dalam Pengajian Islam atau bidang berkaitan (Tahap 3, KKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, atau
c) Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam satu mata pelajaran, atau lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau Pengajian Islam, atau
d) Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul, atau
e) Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Prospek Kerjaya:
a) Berpeluang menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Syariah di mana-mana pejabat pentadbiran sama ada sektor awam dan swasta.
b) Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang al-Syariah dan Turath seperti menjadi guru agama, pengkuliah masjid dan lain-lain.
c) Berpeluang menjadi pendakwah yang berkelayakan dan berwibawa.
d) Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Turath, al-Syariah, Usuluddin dan Pengajian Islam di peringkat Sarjana Muda.
Objektif Program:
a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengajian Turath, serta mampu mengaplikasikan ilmu turath.
b) Mampu melakukan pencarian fakta mengenai isu-isu berkaitan Turath melalui medium semasa secara professional dan beretika
c) Melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan masalah dan membimbing masyarakat dengan penuh tanggungjawab
d) Mampu memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Hasil Pembelajaran Program:
a) Menghuraikan kandungan pengetahuan utama dalam bidang pengajian Turath.
b) Menunjukkan kebolehan amali dalam bidang Turath.
c) Mampu melaksanakan program aktiviti ilmiah dan sosial secara berorganisasi.
d) Melaksanakan teori-teori dalam pengajian turath secara profesionalisme dan beretika.
e) Menggunakan aspek kemahiran interpersonal dan komunikasi dalam melaksanakan ilmu turath secara kolektif.
f) Menangani isu-isu semasa dalam masyarakat melalui pengajian ilmu Turath.
g) Menguasai aplikasi teknologi maklumat berhubung pengajian Turath.
h) Mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan berkaitan pengajian Turath untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
Anggaran Yuran Keseluruhan Program
RM13,254.00 (Tidak termasuk yuran asrama)
Biasiswa dan Pembiayaan Pendidikan:
a) Biasiswa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
b) Perbadanan Tabung Pendidikan Negara PTPTN
c) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
Keistimewaan Diploma Pengajian Turath
a) Diploma Pengajian Turath pertama yang diiktiraf oleh pihak MQA
b) Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajian pondok dan turath
c) Pengajian secara formal dan talaqqi