Diploma Pengurusan Halal

MAKLUMAT PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HALAL

Muat turun maklumat ini dalam versi PDF
PENGENALAN

Diploma Pengurusan Halal ini diwujudkan bagi melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan halal serta berpengetahuan dalam pelaksanaan amalan tersebut di pelbagai industri yang berbeza di Malaysia. Para graduan dari bidang ini dapat melengkapi kehendak pembangunan industri halal yang semakin pesat membangun sama ada dalam bidang pemakanan, pelancongan dan hospitaliti, farmaseutikal, kosmetik, perniagaan dan mana-mana bidang yang berkaitan dengan pengurusan halal.

OBJEKTIF PROGRAM (PEO)

1. Menyediakan tenaga kerja yang berkepakaran selaras dengan perkembangan pesat sektor Pengurusan Halal di Malaysia dan juga di peringkat global.
2. Memberi pendedahan secara terperinci bagi memahami konsep dan prinsip pengurusan halal secara sistematik.
3. Mempertingkatkan kefahaman ilmu, amalan serta sistem operasi Pengurusan Halal.
4. Menjadi pemangkin kepada penyebaran maklumat tentang kepentingan Pengurusan Halal kepada masyarakat.

HASIL PEMBELAJARAN (PLO)

1. Mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan Pengurusan Halal.
2. Menunjukkan kepakaran dalam tatacara berkaitan dengan bidang Pengurusan Halal.
3. Memberi penjelasan tentang Pengurusan Halal kepada masyarakat.
4. Mengenal pasti, memformulasi dan memberikan penyelesaian yang kreatif, inovatif dan efektif dalam masalah Pengurusan Halal.
5. Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan dalam sistem operasi Pengurusan Halal.
6. Menangani isu-isu semasa yang berkaitan dengan industri halal secara berkesan.
7. Mengurus maklumat berkaitan industri halal untuk pembangunan profesional berterusan.
8. Memupuk kemahiran keusahawanan dan pengurusan berkaitan industri halal.

SYARAT KEMASUKAN

• Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setara dengan mendapat tiga kredit dan lulus Matematik; atau
• Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang setara; atau
• Lulus Sijil Pengajian Islam dan lulus Matematik (SPM); atau
• Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
TEMPOH PENGAJIAN
• 6 Semester (Sepenuh Masa)

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

• PTPTN
• YAKIN

PROSPEK KERJAYA

• Penolong Pegawai Tadbir Agama / Majlis Agama Islam Negeri,
• Pegawai Pensijilan Halal.
• Pegawai Penguatkuasa Sijil Halal
• Pegawai RND dalam Produk Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau mana-mana agensi yang terlibat.
• Penolong Eksekutif Halal di mana-mana syarikat/firma/organisasi.
• Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

AKTIVITI

• Lawatan sambil belajar yang berkaitan dengan subjek.
• Menyertai bengkel atau seminar yang berkaitan dengan subjek.
• Menganjurkan program motivasi pelajar.
• Penganjuran Kursus-kursus Praktikal di peringkat KIAS
• Menganjurkan Seminar