Ijazah Sarjana Muda Syariah

MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH

Muat turun maklumat ini dalam versi PDF

Nama Program: Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian secara kerjasama 4+0 dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Kredit Bergraduat: 121 Kredit

Bahasa Pengantar:  1- Bahasa Malaysia

2- Bahasa Inggeris

3- Bahasa Arab

Mod Pengajian : Sepenuh Masa

Kaedah Pengajaran : Kuliah dan Tutorial

Tempoh Pengajian: 

1- Bilangan Minggu Pengajian : 14 Minggu

2- Bilangan Semester Pengajian: 8 Semester

3- Bilangan Tahun Pengajian: 4 Tahun

 

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

i. Graduan yang mahir dalam bidang syariah dan kompeten serta berupaya
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

ii. Graduan yang memiliki kemahiran berbahasa Arab dan mampu mendapatkan maklumat daripada sumber yang berwibawa untuk penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat

iii. Graduan yang mampu berfikir secara kritis dan analitikal untuk menyelesaikan permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan syariah.

iv. Graduan yang berakhlak mulia dan bertaqwa serta memiliki kemahiran interpersonal dalam berinteraksi dengan masyarakat dan persekitaran.

v. Graduan yang cekap dalam mengendali operasi, pentadbiran, pengurusan dan keusahawanan.

 

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Di akhir pembelajaran ini pelajar akan dapat:

i. Memanifestasi penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman terhadap falsafah, prinsip dan objektif ilmu-ilmu dalam disiplin pengajian syariah.

ii. Menunjukkan cara mengamalkan ilmu syariah dalam situasi kehidupan sebenar.

iii. Melaksanakan tugasan dalam bidang syariah dengan penuh sedar terhadap tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan.

iv. Menunjukkan kemahiran profesional, kompetensi, keluhuran tingkah laku dan iltizam terhadap etika profesion yang selari dengan sektor pekerjaan dalam bidang syariah.

v. Mengaplikasi dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris pada tahap yang memuaskan serta berkomunikasi dengan baik ketika melaksanakan tugasan dalam kumpulan.

vi. Merumus, menstruktur dan membeza-bezakan secara kritis dan analitikal untuk menganalisis pemikiran dan intelektual semasa serta berkemahiran menyelesaikan isu-isu syariah dalam kalangan masyarakat.

vii. Menganalisis kandungan sumber klasik (turath) serta penulisan ilmiah berkenaan syariah dengan tepat, mengenalpasti ilmu moden dalam bidang syariah serta menggunakan kemahiran pencarian ilmu daripada sumber berwibawa untuk penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya.

viii.Menunjukkan kecekapan mengendali operasi, pentadbiran, pengurusan dan keusahawanan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan syariah.

 

PROSPEK KERJAYA

1- Berpeluang menjawat jawatan sebagai Pengawai Syariah di mana-mana pejabat pentadbiran sama ada sektor awam atua swasta.

2- Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang al-syariah seperti menjadi pensyarah, guru agama, dan sebagainya

3- Berpeluang menjadi Dai ( pendakwah ) berkelayakan dan berwibawa.

4- Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang al-syariah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

SYARAT KEMASUKAN

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 daripada 4.00 dan sekurang-kurangnya DUA kelulusan penuh, dan satu daripadanya dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam.

ATAU

ii. Lulus kelayakan yang setaraf dengan STPM seperti A-Level, dengan syarat bahawa calon lulus sekurangkurangnya satu subjek Pengajian Islam dalam kelayakan itu.

ATAU

iii. Lulus program Matrikulasi atau kelayakan yang diiktiraf sebagai Asasi Pengajian Islam dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00;

ATAU

iv. Lulus dengan gred keseluruhan Maqbul dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);

ATAU

v. Diploma yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00